Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Tenders and Quotations

Tender No: MFA/PENT/01/2026. Title: PENYEDIAAN, PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN MAKANAN DAN MINUMAN BAGI ACARA RASMI KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI PADA 26 – 29 APRIL 2026

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

BILANGAN TAWARAN: MFA/PENT/01/2026 

SYARAT-SYARAT TAWARAN: 

1. Tawaran adalah dipelawa untuk “PENYEDIAAN, PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN MAKANAN DAN MINUMAN BAGI ACARA RASMI KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI PADA 26 – 29 APRIL 2026" 

2.  Salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaan Bab 16 & 17, atau Sijil Penubuhan Syarikat-Syarikat, Penggal 39 hendaklah dilampirkan. 

3.  Borang tawaran yang lengkap hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) dengan maklumat berikut:-
 

BILANGAN TAWARAN: MFA/PENT/01/2026
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
PENYEDIAAN, PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN MAKANAN DAN MINUMAN BAGI ACARA RASMI KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI PADA 26 – 29 APRIL 2026" 

dan tanpa menunjukkan sebarang nama atau tanda pengenalan syarikat dan ditujukan kepada:

 

PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA
JALAN STADIUM, BERAKAS
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 

4. Tawaran hendaklah dimasukkan kedalam Peti Sebutharga (Quotation Box) yang disediakan di Tingkat Bawah, Main Lobby Foyer, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pusat Persidangan Antarabangsa, Jalan Stadium, Berakas sebelum hari Isnin, 16 Februari 2026 jam 2:00 petang. Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diterima. 

5. Borang tawaran dan maklumat lanjut mengenai tawaran ini bolehlah didapati daripada Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pusat Persidangan Antarabangsa. 

6.  Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. 

7.  Iklan-iklan dan syarat tawaran bolehlah dilayari melalui laman sesawang http://www.mfa.gov.bn. 

8. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri melalui no telefon 2383 374. 


Attachments
Back to Top