Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

31 Ogos 2022 - TITAH PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato' Sri
 
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

Beta serta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhomat Dato' Sri, Kerajaan serta rakyat Malaysia bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terus menikmati jalinan silaturrahim serta persahabatan erat dan mesra yang meliputi kerjasama dua hala di pelbagai bidang. Beta percaya kita akan terus berkerjasama rapat dalam mengembangluaskan lagi kerjasama di bidang-bidang berkepentingan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.

Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha seterusnya berdoa Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Yang Amat Berhormat Dato' Sri, Yang Amat Berbahagia Datin Sri Muhaini binti Zainal Abidin serta keluarga dikurniakan kesihatan yang berterusan dan Kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa menikmati keamanan yang berkekalan dan dalam perlindungan-Nya jua.

Sekian.

WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH
 


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top