Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

17 Ogos 2022 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA KE-77

Daripada:   Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam
Kepada:  Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia

 
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH

Beta dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-77.

Beta amat menghargai jalinan persahabatan akrab dan mesra yang sekian lama terjalin di antara kedua buah negara khususnya dalam bidang ekonomi, pertahanan, tenaga kerja dan pendidikan. Beta mengalu-alukan peluang-peluang baru kearah mengembangluaskan lagi hubungan dua hala demi kepentingan dan kesejahteraan bersama rakyat dan negara.

Pada kesempatan ini, Beta juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Republik Indonesia selaku Presiden G20 pada tahun ini. Beta yakin dibawah kepimpinan Tuan Yang Terutama, mesyuarat Sidang Kemuncak G20 akan berjalan dengan lancar.

Beta serta Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tuan Yang Terutama, Datin lbu Hajah Iriana dan keluarga serta seluruh rakyat Republik Indonesia akan terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan serta sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan.

WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH
 


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM




Attachments
Back to Top