NASIHAT PERJALANAN BERIKUTAN SITUASI DI TIMUR TENGAH

Berikutan situasi pergolakan di Timur Tengah pada masa ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Negara Brunei Darussalam, melalui pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di negara-negara Timur Tengah, sentiasa memantau keadaan keselamatan terutama sekali dalam memastikan kesejahteraan semua warga Negara Brunei Darussalam yang sedang berada dan berdaftar di pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam dirantau berkenaan.
Dalam perkara ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menekankan pentingnya bagi warga Negara Brunei Darussalam di negara-negara terjejas yang belum berdaftar dengan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam untuk berbuat demikian melalui e-register dilaman sesawang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (https://www.mfa.gov.bn/pages/eRegister_desc.aspx)
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam yang berkenaan juga boleh dihubungi melalui nombor-nombor perhubungan seperti berikut: -
- Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri: +6738716001
- Kedutaan Besar NBD di Manama, Bahrain: +973 3829 6000
- Kedutaan Besar NBD di Doha, Qatar: +974 6681 9451
- Kedutaan Besar NBD di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu: +971 506413478
- Kedutaan Besar NBD di Riyadh, Arab Saudi: +966 55 526 2249
- Konsulat Agung NBD in Jeddah, Arab Saudi: +966 55 166 0299
- Kedutaan Besar NBD di Kuwait: +965 252 34561
- Kedutaan Besar NBD di Muscat, Oman: +968 99435780
- Kedutaan Besar NBD di Kaherah, Republik Arab Mesir: +201 099683368
- Kedutaan Besar NBD di Amman, Jordan: +962 777 00 7999
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri seterusnya menasihatkan warga Negara Brunei Darussalam untuk mengelakkan dan menangguhkan sementara perjalanan ke rantau Timur Tengah pada masa ini sehingga keadaan kembali stabil.
Bandar Seri Begawan, 3 Mac 2026