Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

19 Jun 2025 - NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KEDUTAAN BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI TEHRAN, REPUBLIK ISLAM IRAN

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KEDUTAAN BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI TEHRAN, REPUBLIK ISLAM IRAN

 

Berikutan situasi terkini di Republik Islam Iran, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam (NBD) di Tehran akan ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Kedutaan Besar NBD buat sementara waktu akan beroperasi dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di NBD.

 

Setakat ini, tiada warga NBD telah mendaftarkan berada di Republik Islam Iran. Semua pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar NBD telah juga selamat keluar daripada Tehran.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan hal ehwal Kedutaan Besar boleh menghubungi talian +673 2381130 / +673 8722712 atau melalui e-mel tehran.iran@mfa.gov.bn.

 

 

          Bandar Seri Begawan, 19 Jun 2025

 

******


Attachments
Back to Top