Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

17 Ogos 2024 - TITAH PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA PRESIDEN JOKO WIDODO BERSEMPENA ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA KE79

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada:  Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia, Republik Indonesia
 

Tuan Yang Terutama,

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

Beta dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan serta rakyat Republik Indonesia bersempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79.

Alhamdulillah, pada tahun ini Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia meraikan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik, yang mana kedua-dua buah negara terus menikmati jalinan persahabatan yang akrab dan mesra di pelbagai bidang berkepentingan bersama. Oleh itu, Beta mengalu-alukan usaha untuk mengembangluaskan lagi kerjasama yang bermakna ini demi kesejahteraan rakyat dan kedua-dua buah negara.

Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tuan Yang Terutama, Datin Ibu Hajah Iriana bersama keluarga dan seluruh rakyat Republik Indonesia akan sentiasa dikurniakan kesihatan serta menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan.

WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG Dl-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Attachments
Back to Top