Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

14 Mac 2024 - PENGHANTARAN SUMBANGAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023 SECARA “HUMANITARIAN AID AIR-DROP" KE GAZA

Humanitarian Aid.jpg
 

PENGHANTARAN SUMBANGAN DERMA

TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA 2023

SECARA “HUMANITARIAN AID AIR-DROP" KE GAZA

 

1.    Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dana daripada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 (TKP 2023) berjumlah USD1,050,000.00 (yang dianggarkan sebanyak BND1,399,545.00) telah digunakan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk barangan ke Palestin secara "air-drop" (payung terjun). Bantuan tersebut berupa paket makanan yang siap sedia untuk di makan (meals ready to eat) yang tahan lama yang mana jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 5,920 paket. Setiap paket makanan mengandungi hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam untuk seorang.

 

2.    Negara Brunei Darussalam telah selamat membuat penghantaran pertama pada 13 Mac 2024 yang merangkumi dua kali “air-drop" dan ianya telah dilaksanakan dengan menggunakan pesawat tentera udara Jordan. “Air-drop" berkenaan telah disasarkan pada persisiran pantai di utara Gaza yang menempatkan ribuan rakyat Palestin yang terperangkap di kawasan tersebut. Acara penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera King Abdullah II dan dihadiri oleh pihak Kedutaan Besar NBD di Amman, Jordan dan pihak Kerajaan Hashimiyah Jordan. Sementara itu, pelaksanaan dua 'air drop' selanjutnya dijadualkan secara berasingan pada sebelah petang 14 Mac 2024 dan 15 Mac 2024 di tempat yang sama.

 

 

~TAMAT~

 


Attachments
Back to Top