Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada: Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, Malaysia
Yang Amat Berhormat Dato' Seri,
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
Beta serta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam dengan tulus ikhlas menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri, Kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66.
Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berbesar hati dengan hasil Lawatan Negara bersempena Perundingan Tahunan Ketua-Ketua Kerajaan kali ke-24 baru-baru ini yang telah mengukuhkan lagi jalinan persahabatan yang akrab dan mesra, serta memperluaskan usahasama di sektor-sektor baharu. Menjelang ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun hadapan, Beta yakin kita akan terus berganding bahu dalam mengeratkan lagi kerjasama yang bermakna ini demi kepentingan rakyat dan negara bersama.
Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Yang Amat Berhormat Dato' Seri dan Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan, serta Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia akan terus menikmati keamanan dan kemakmuran.
WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM