Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada: Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia, Republik Indonesia
Tuan Yang Terutama,
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
Beta dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam dengan tulus ikhlas menyampaikan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-78.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia terus menikmati jalinan persahabatan dan hubungan kerjasama dua hala yang erat dan mesra dipelbagai bidang berkepentingan bersama. Beta yakin kedua-dua buah negara akan terus bekerjasama rapat ke arah mengukuhkan lagi hubungan yang bermakna ini, terutama sekali dalam meraikan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun hadapan.
Beta juga ingin melahirkan sokongan berterusan Negara Brunei Darussalam kepada Republik Indonesia selaku Pengerusi ASEAN 2023 dan Beta yakin di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama, Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan pada bulan September ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya.
Beta serta Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tuan Yang Terutama, Datin lbu Hajah Iriana dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan, serta seluruh rakyat Republik Indonesia menikmati keamanan dan kemakmuran yang berterusan.
WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG Dl-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM