Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA MENGENAI KEJADIAN GEMPA BUMI DI ACEH

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam
Kepada: Tuan Yang Terutama, Dato Laila Utama Joko Widodo,Presiden, Republik Indonesia.

Tuan Yang Terutama,

INNA LlLLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN

ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

Beta merasa sedih mendengar berita mengenai kejadian gempa bumi di wilayah Aceh yang telah mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda baru-baru ini.

Dengan rasa terharu, Beta berserta keluarga Beta, Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terkorban akibat bencana alam ini.

WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH.

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.




Attachments
Back to Top