Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Acara Mengibar Bendera Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-35

LONDON, 23 Februari - Bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35, Komiti Persatuan Penuntut Brunei Hall (BHSC) telah mengadakan Acara Mengibar Bendera yang telah mengambil tempat di ruang legar Brunei Hall, Norfolk Square, London bagi sama-sama memeriahkan hari bersejarah itu. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Puan Yang Terutama Pengiran Hjh Rooslina Weti binti Pengiran Hj Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Muhammad Azharuddin bin Haji Yakob. Acara diisikan dengan ucapan daripada Ketua Komiti Penuntut Brunei Hall, Awangku Muhammad Aqil bin Pengiran Jaya. Acara tersebut diteruskan lagi dnegan menyaksikan tayangan klip video titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-35, dan diikuti dengan bacaan ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Awangku Mohd Faiz bin Pengiran Md Sufri. Acara diakhiri dengan nyanyian lagu partriotik berjodol Tekad Kemerdekaan, Bendera Negara dan Brunei Bumi Bertuah.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei Cawangan London, Kensington Palace Garden dan penuntut-penuntut yang berada di United Kingdom.

Acara Pengibaran bendera ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Komiti Pelajar Brunei merupakan satu simbolik dan platform dalam menzahirkan perasaan cinta dan semangat patriotik kepada raja, negara, bangsa dan agama serta kesatuan dan perpaduan pada mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan identiti bangsa.


Sila klik sini untuk melihat gambar.