Dengan hormat dipanjangkan bersama ini emel pemakluman yang diterima dari pihak UKVI mengenai permohonan visa di VAC luar negara, panduan bagi permohonan visa Tier 4 (student) dan pengecualian-pengecualian tertentu serta pemakluman mengenai pelancaran penggunaan IDV app bagi menghadapkan biometric information sebagai gantian kepada biometric appointment.
Sehubungan itu, bagi pelajar-pelajar yang masih berada di UK (kerana akan menduduki peperiksaan dan belum ada penerbangan balik) setelah visa Tier 4 mansuh adalah dinasihatkan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Coronavirus immigration team melalui CIH@homeoffice.go.uk. Ini juga termasuk warga awam yang masih berada di UK setelah visa pelawat mansuh dan belum boleh membuat perjalanan pulang ke Negara Brunei Darussalam atas sebab-sebab tertentu.
Sekian disampaikan untuk makluman bersama.
Sila tekan sini untuk memuat turun pautan e-mel.