Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

BRUROSA ANJUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023 SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-39

Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar ehsan: Md Ariffin bin Matusin


EDINBURGH, SCOTLAND, UNITED KINGDOM, Sabtu, 25 Februari 2023 – Pesatuan Penuntut-Penuntut Pegawai Agama (BruROSA) telahpun mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-39 tahun yang telah diadakan di Teviot Dining, University of Edinburgh.



Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat lazim Al-Quran, Takhtim dan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Awang Muhammad Yadiy Wa'ie Mukminin bin Rizalman, Yang Di-Pertua BruROSA 2022/2023. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.​

Majlis ini juga dibukakan secara online melalui aplikasi zoom dan telah disertai oleh pelajar-pelajar di United Kingdom. Turut hadir ke majlis ini ialah pegawai dari Suruhanjaya Tinggi dan juga Unit Penuntut-Penuntut.