Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Commonwealth Youth Awards

Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom telah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan Commonwealth Youth Awards pada hari Rabu, 13 Mac 2019 bertempat di Marlborough House.  Majlis tersebut adalah untuk menganugerahkan sumbangan belia-belia dari negara-negara ahli Komanwel di atas pencapaian mereka di peringkat global.

 

Peserta dari Negara Brunei Darussalam adalah Siti Najihah Kamilah binti Latif, yang merupakan salah satu finalis rantau Asia bagi usaha beliau dalam "HIV/AIDS Awareness Programme for Peers and Youth (HAPPY)" yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai sexually transmitted infections dan teenage pregnancy melalui highspread campaigns dan high-level advocacy dengan Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

 

Walaubagaimanapun, pemenang bagi rantau Asia adalah Padmanaban Gopalan dari India di atas usaha beliau dalam mengatasi kebuluran di negara tersebut.

 

Puan Yang Terutama Pengiran Hjh Rooslina Weti binti Pengiran Hj Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom, juga turut dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang berkenaan.

 

Majlis tersebut juga diserikan oleh persembahan dari negara-negara ahli Komanwel, termasuk Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam dengan mendendangkan dua (2) lagu instrumental Negara Brunei Darussalam bertajuk "Kudidi" dan "Kain Jong Sarat" yang dimainkan dengan alat muzik tradisional.


Sila klik sini untuk gambar.