Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Commonwealth Day Reception

Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom telah dijemput untuk menghadiri Majlis Resepsi Hari Komanwel yang dihoskan oleh the Rt. Hon. Patricia Scotland, Setiausaha Agung Komanwel, pada hari Isnin, 11 Mac 2019 bertempat di Marlborough House.  Tema sambutan Hari Komanwel pada tahun 2019 adalah "A Connected Commonwealth".

 

Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah His Royal Highness The Prince of Wales, Her Royal Highness The Duchess of Cornwall, mantan Perdana Menteri UK John Major dan Menteri Luar UK Jeremy Hunt, di mana ketibaan mereka dialu-alukan oleh Setiausaha Agung Komanwel.

 

Negara-negara ahli Komanwel dari rantau Asia telah dijemput bagi membuat persembahan tradisional untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.  Hanya Bangladesh dan Negara Brunei Darussalam telah menerima tawaran untuk menyediakan para pemuzik bagi majlis resepsi tersebut, di mana Negara Brunei Darussalam memainkan alat muzik tradisional.

 

Majlis tersebut diakhiri dengan persembahan nyanyian dan gulingtangan oleh pegawai dari Suruhanjaya Tinggi dan Unit Penuntut-Penuntut beserta lima (5) orang pelajar Negara Brunei Darussalam dengan mendendangkan beberapa buah nyanyian dan instrumental lagu tradisional Negara Brunei Darussalam.  Lagu-lagu tersebut termasuk "Kudidi", "Kain Jong Sarat", "Dang Mengalai" dan "Ayasan".

 

Puan Yang Terutama Pengiran Hjh Rooslina Weti binti Pengiran Hj Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom, juga turut menjunjung His Royal Highness The Prince of Wales dan Her Royal Highness The Duchess of Cornwall untuk bercemar duli bagi berkenalan bersama ahli-ahli kumpulan ini.

 

Sambutan Hari Komanwel disambut setiap tahun pada hari Isnin minggu kedua setiap bulan Mac bagi memperingati pertubuhan Komanwel.


Sila klik sini untuk gambar.