Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

SAMBUTAN ISYRAK MIKRAJ 1440 HIJRAH DI SURUHANJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI LONDON, UNITED KINGDOM

Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom telah mengadakan sambutan Isyak Mikraj bagi tahun 1440 Hijrah pada hari Rabu, 13 Syaaban 1440 bersamaan dengan 17 April 2019 di Surau Brunei Hall, Norfolk Square, London.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Puan Yang Terutama Pengiran Hjh Rooslina Weti binti Pengiran Hj Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom.

Berikutan dengan tema sambutan Isyrak Mikraj di Negara Brunei Darussalam iaitu 'Sembahyang Membentuk Ummat Bertaqwa', Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut telah menyampaikan ceramah khas bertajuk 'Israk Mikraj : Mukjizat Rasul S.A.W' dan diikuti dengan solat Fardhu Magrib berjemaah.

Terdahulu acara dimulakan dengan bacaan Al-Quran surah Al Isra Ayat 1- 4 oleh Yang Mulia Awangku Luqman Al Hakim bin Pg Ali Shafie dan initsarinya dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut.

Majlis ini antara lain bertujuan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Israk Mikraj juga memperingati hari-hari kebesaran Islam, khususnya peristiwa perjalanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidraturl Muntaha.

Selain itu, majlis juga bertujuan bagi melaksanakan salah satu aktiviti tahunan Suruhanjaya Tinggi, di samping mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom termasuk penuntut-penuntut.

Sila tekan sini untuk galeri gambar.