Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT WATIKAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA GUĎNI TH. JÕHANNESSON, PRESIDEN ICELAND

Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar ehsan: Watriah Dato Paduka Hj Zainidi, Dk Mariawati Pg Hj Emran dan Pejabat Presiden Iceland​


BESSASTAĎIR, ICELAND, Selasa, 7 Februari 2023 –Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom telah menyerahkan Surat Watikah Perlantikan selaku Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap ke Iceland kepada Tuan Yang Terutama Gunđi Th. Jōhanneson, Presiden Iceland pada hari Selasa 16 Rejab 1444 bersamaan dengan 7 Februari 2023 bertempat di Kediaman Rasmi Presiden Iceland.


Semasa sesi perbincangan dua hala, Tuan Yang Terutama President Iceland and Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi telah membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan pengalaman kedua-duanya dalam bidang ekonomi dan perlancongan.

Dari pihak Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang turut sama didalam majlis ini ialah Dayang Watriah binti Dato Paduka Haji Zainidi, Setiausaha Kedua dan Dayangku Mariawati binti Pengiran Hj Emran, Setiausaha Ketiga.