Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar: Ahli Jawatankuasa Keagamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, UK
LONDON, UNITED KINGDOM, Ahad, 14 Julai 2024 – Ahli Jawatankuasa Keagamaan hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BrueniD arussalam yang ke-78 tahun. Majlis diadakan di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Belgrave Square, London.
Hadir di majlis ini ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Hj Mohamad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yaasin dan tahlil dan diikuti dengan Doa Kesyukuran.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Suruhanjaya Tinggi, Pejabat Penasihat Pertahanan, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei Cawangan London, Pejabat Kensington Palace Gardens dan Pejabat Brunei House.
Majlis ini diadakan sebagai melahirkan rasa kesyukuran di atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda sentiasa dilimpahkan rahmat-Nya, sihat walafiat dan dilanjutkan usia, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja mendapat hidayah serta inayah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.