Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN 1446H / 2024M

Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar: Ahli Jawatankuasa Keagamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, UK 


LONDON, UNITED KINGDOM, Sabtu, 6 Julai 2024 – Bagi menandakan permulaan Sambutan Ilal Hijrah 1446H, Ahli Jawatankuasa Keagamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London telah mengadakan sembahyang Jemaah dan bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah di Surau Brunei House, 42 Leinster Square, London. 

Hadir semasa majlis ini ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Hj Mohamad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom.


Majlis dimulakan dengan bacaan Zikir & Doa Akhir Tahun Hijrah 1445H dan diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya membaca Doa Awal Tahun 1446H yang dikepalai oleh Ustaz Muhammad Fahmi bin Abas, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut. 

Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Suruhanjaya Tinggi, Pejabat Penasihat Pertahanan, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei Cawangan London, Pejabat Kensington Palace Gardens dan Pejabat Brunei House.

Semoga dengan ketibaan Tahun Baru Hijrah 1446 akan dapat membawa kita semua kearah keberkatan dan Rahmat dari Allah Subahanahu Wa Ta'ala. Amin Yarabalamin.​