Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

ASEAN FILM FESTIVAL 2024


LONDON, UNITED KINGDOM, Rabu, 24 April 2024 – Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London telah menayangkan 'ASEAN Film Festival 2024' dengan menanyangkan filem 'Yasmine' yang diarahkan oleh Siti Kamaluddin yang bertempat di Brunei Gallery, SOAS University of London.

ASEAN London Committee dengan Kerjasama SOAS University of London mempamerkan filem-filem terbaik daripada semua negara-negara ahli ASEAN untuk ditayangkan dipersembahkan kepada orang ramai dari 22 hingga 27 April 2024.


Tayangan filem dari Negara Brunei Darussalam telah mendapat sambutan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei, Kensington Palace Garden, penuntut-penuntut dari United Kingdom dan pengunjung-pengunjung awam seramai 70 orang.​