MAJLIS KHATAM AL-QURAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI BAGI TAHUN 1445H / 2024M
Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
LONDON, UNITED KINGDOM, Khamis, 21 Mac 2024 – Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi tahun 1445H / 2024M melalui platform Zoom.
Pada tahun ini, Majlis Khatam Al-Quran diadakan di Masjid Kampong Kapok, Mukim Serasa. Majlis ini juga disertai oleh pegawai-pegawai di Pejabat-Pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam diluar negeri.