MAJLIS MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ BAGI TAHUN 1445H
Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar ehsan: Ahli-Ahli Jawatankuasa Keagamaan
LONDON, UNITED KINGDOM, Rabu, 7 Februari 2024 – Ahli Jawatankuasa Keagamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London telah mengadakan Majlis Memperingati Peristiwa Isra' dan Mi'rak bagi tahun 1445H bertempat di Surau Brunei Hall, Norfolk Square.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom.
Ceramah disampaikan oleh Yang Mulia Haji Muhammad Fahmi bin Haji Abas, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut dan Yang Mulia Dr. Ustazah Widad binti Abdul Aziz.
Antara kandungan ceramah tersebut ialah mengenai dengan perjalanan manusia menuju akhirat setelah kematian. Semoga kita dapat mengambil pelajaran dari peristiwa ini untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya, memperbaiki ibadah, dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan. Marilah kita memperbanyak amal ibadah, berzikir, dan berdoa agar diberikan kekuatan dan petunjuk dalam menjalani kehidupan ini.