Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar ehsan: Norkhalilah binti Hj Roslin & Mohamad Hilman bin Hj Husain
|
|
LONDON, UNITED KINGDOM, Isnin, 13 Februari 2023 – Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London telah mengadakan kursus Health & Safety yang telah diadakan pada 13 Februari 2023 dan latihan Fire & Safety Awareness pada 15 Februari 2023.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan mengenai peraturan-peraturan Health & Safety yang merangkumi aspek keselamatan seperti punca-punca yang menyumbang kepada bahaya dan kemalangan.
Manakala bagi latihan Fire & Safety ini diadakan ianya untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan di Suruhanjaya Tinggi tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.