LONDON, UNITED KINGDOM, Rabu, 19 Januari 2022 – Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom telah membuat kunjungan muhibah bersama dengan The Rt Hon Amanda Milling, Minister for Asia and the Middle East at the Foreign Commonwealth & Development Office.
Perbincangan tertumpu kepada hubungan kuat antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom, penglibatan UK kepada ASEAN Dialogue Partnership, mempromosikan peluang perdagangan dan kepentingan hubungan pendidikan yang kukuh.
Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar oleh: Watriah Dato Paduka Hj Zainidi