LONDON, UNITED KINGDOM, Sabtu, 27 Februari 2021 – Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi telah mengambil bahagian didalam Warwick ASEAN Conference 2021 yang telah dianjurkan oleh komiti WAC 20/21 University of Warwick, Conventry secara virtual menggunakan platfom Hoppin selama dua hari yang juga dijemput untuk menyampaikan ucapan penutup.
Dalam ucapan berkenaan, Tuan Yang Terutama telah mengucapkan terima kasih kepada komiti-komiti yang telah bekerja keras, didalam penyelerasan serta ahli-ahli yang terlibat dibelakang tabir WAC 2021 dan yakin bahawa persidangan ini telah disampaikan oleh para panel yang berwawasan dan dinamik diantara rangkaian belia, pakar dan rakan Ketua Perwakilan ASEAN.
Persidangan pada tahun ini telah diadakan secara vitual dan ianya juga memberi peluang besar kepada para belia dan pelajar ASEAN di United Kingdom untuk mengambil Bahagian dalam sama-sama mendengar taklimat daripada para panel yang berkaitan dengan perubahan iklim (Climate Change), Perdagangan dan Pelaburan, rangkaian dengan syarikat korporat dan juga ikut serta dalam perbincangan mengenai dengan isu-isu kontemporari dalam ASEAN dengan wakil Pejabat Perwakilan dari Cambodia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Ucapan penutup Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom
Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain