Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Forum Keutamaan Negara Brunei Darussalam Sebagai Pengerusi ASEAN Tahun 2021

LONDON, UNITED KINGDOM, Selasa,  19 Januari 2021 – The UK-ASEAN Business Council (UKABC) bersama dengan Department for International Trade (DIT) dan ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) telah telah mengadakan forum perbincangan dalam talian mengenai dengan keutamaan Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN tahun 2021.

Forum tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Hj Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi.  Ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Hj Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai dengan keutamaan ekonomi Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ASEAN tahun 2021 dan The Rt Hon. Greg Hands MP, Minister of State for Trade Policy, DIT mengenai perkongsian ekonomi UK-ASEAN.

Tajuk utama semasa forum berkenaan diadakan ialah mengenai dengan "ASEAN's Economic Outlook in 2021: What do we need to prepare for?" oleh panel speaker Dr. Dr Deborah Elms, Executive Director at the Asia Trade Centre, Mark Garnier MP, Prime Minister's Trade Envoy to Brunei, Myanmar and Thailand, Dr Rizal Sukma, Senior Researcher, Centre for Strategic and International Studies and former Indonesian Ambassador to the UK and Joseph Incalcaterra, Chief Economist for ASEAN, HSBC. Perbincangan panel mengenai tinjauan ekonomi rantau ini untuk tahun depan juga akan diadakan dengan pemimpin kanan kerajaan, perniagaan dan pemikiran dari UK dan Asia Tenggara.

aseanl1.jpg
aseanl2.jpg
aseanl3.jpg