Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MESYUARAT ASEAN COMMITTEE IN CAIRO KALI KE 265

Pada 26 Februari 2023, Tuan Yang Terutama Pg Md Salimin bin Pg Md Daud, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Committee in Cairo (ACC) kali ke-265yang diadakan di Conrad Hotel Cairo. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Nguyen Huy Dung, Duta Besar Viet Nam ke Mesir dan telah dihadiri oleh Duta-Duta Besar negara ASEAN di Mesir.

Semasa mesyuarat tersebut, pelbagai isu telah dibincangkan seperti persediaan bagi aktiviti-aktiviti ACC seperti pemberigaan ASEAN di institusi pendidikan tinggi dan Kerajaan Mesir. Pada masa yang sama, Tuan Yang Terutama Nguyen Huy Dung, Duta Besar Viet Nam ke Mesir juga telah menyerahkan jawatan pengerusi ACC kepada Tuan Yang Terutama Pg Md Salimin bin Pg Md Daud bagi tempoh enam bulan mulai bulan Mac 2023.