Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

BROWN BAG SESSION ON ASEAN ANJURAN ASEAN COMMITTEE IN CAIRO

Pada 19 Mac 2023, Tuan Yang Terutama Pg Md Salimin bin Pg Md Daud, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam, dalam kapasiti beliau sebagai penegerusi ASEAN Committee in Cairo (ACC) telah menyampaikan satu pembentangan mengenai dengan ASEAN kepada para pelajar-pelajar American University in Cairo (AUC).

Pembentangan tersebut telah dihadiri oleh Duta-Duta Besar ASEAN dan President AUC Ahmad S. Dallal dan Provose AUC Ehab Abdel-Rahman. Semasa pembentangan tersebut, Duta-Duta Besar ASEAN telah berinteraksi dengan para pelajar AUC mengenai ASEAN.

Pada 19 Mac 2023, ASEAN Committee in Cairo (ACC) telah mengadakan brown bag session on ASEAN di American University in Cairo (AUC).  Sesi ini merupakan salah satu program yang diatur oleh ACC dalam memberigakan ASEAN kepada masyarakat tempatan.

Pada sesi berkenaan, TYT Pg Md Salimin Pg Md Daud, Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah selaku Pegerusi ACC telah memberikan penerangan ringkas mengenai latar-belakang penubuhan dan ahli-ahli negara ASEAN.  Ini kemudian diikuti dengan penerangan mengenai tema ASEAN 2023 yang telah disampaikan oleh TYT Lutfi Rauf, Duta Besar Republik Indonesia di Kaherah.

Sesi tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada 50 orang mahasiswa-mahasiswi AUC.  Turut sama menghadiri semua Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di Kaherah, Mr. Ahmad Dalal, Presiden AUC, Ehab Abdelrahman, Provost, dan pegawai-pegawai Kedutaan ASEAN.