Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

KUNJUNGAN KERJA REKTOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI KE REPUBLIK ARAB MESIR


Pada 28 – 30 Mei 2022, satu delegasi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang diketuai oleh YM Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA telah membuat lawatan kerja ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Turut mengiringi beliau ialah YM Dr Haji Hambali bin Haji Awang Jaili, Pemangku Penolong Rektor.

Antaralain, YM Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA telah membuat perjumpaan dengan Sheikh Al-Azhar, Republik Arab Mesir, Yang Berhormat Fadhilatus Sheikh Al-Imam Al-Akbar Ustaz Dr. Ahmad At-Tayyib.

Rektor UNISSA berkesempatan membuat lawatan kerja dan perbincangan dengan Ra'es Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Muhammad Hussein Mahrasawi; Pertubuhan Alumni Antarabangsa Universiti Al-Azhar; Rabithah Universiti-Universiti Islam Sedunia; Majma Buhuth Islam; dan pertemuan dengan ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Brunei Darussalam di Mesir serta tinjauan ke dua buah bangunan kediaman pelajar NBD di Republik Arab Mesir, iaitu Bangunan Darussalam dan Bangunan An-Nur, yang terletak di kawasan Hayyu Sadis, Madinat Nasr.