Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-77


1. Pada 14 Julai 2023, Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Republik Arab Mesir telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77, bertempat di Bangunan Darussalam.

2. Lebih daripada 100 orang jemputan telah menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kedutaan, kakitangan Locally Engaged Staff (LES) Kedutaan Besar, penuntut-penuntut Negara Brunei Darussalam di Mesir serta tetamu terdiri daripada syarikat tempatan.


3. Majlis dimulakan dengan sembahyang waktu Maghrib berjemaah, membaca surah Yassin yang dikepalai oleh wakil daripada pentuntut Negara Brunei Darussalam di Kaherah.

4. Sementara doa kesyukuran pula dibaca oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah.


5. Majlis seterusnya membuka jamuan kepada para tetamu-tetamu.​