Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI UNIVERSITI AL-AZHAR DAN MAAHAD QIRAAT SHOUBRA 2023


1. Pada 19 September 2023, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam dengan kerjasama Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir telah mengadakan majlis konvokesyen bagi 38 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan Maahad Qiraat Shoubra.


2. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Raes Universiti Al-Azhar, Dr Salama Daoud yang turut menyampaikan sijil-sijil kepada para graduan.

3. Lebih daripada 180 orang jemputan telah menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada penasihat Sheikh Al-Azhar bagi hal ehwal pelajar asing, pegawai kanan di Universiti Al-Azhar, Ataci Pelajaran daripada Malaysia dan Indonesia, pegawai-pegawai Kedutaan dan ibu bapa para graduan.


4. Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang kepada dua orang graduan.​