Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF DAN MA’HAD QIRAAT SHOUBRA 2024

1. Pada 26 September 2024, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam dengan kerjasama Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir telah mengadakan majlis konvokesyen bagi 48 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan Maahad Qiraat Shoubra.

 

​2. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Dr. Nahlah Sobri Saeedi, penasihat kepada Raes Universiti Al-Azhar yang turut menyampaikan sijil-sijil kepada para graduan.

3. Lebih daripada 200 orang jemputan telah menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada penasihat Sheikh Al-Azhar bagi hal ehwal pelajar asing, pegawai kanan di Universiti Al-Azhar, Ataci Pelajaran daripada Singapura dan Indonesia, pegawai-pegawai Kedutaan dan ibu bapa para graduan. 

4. Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang kepada tiga orang graduan.