Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Majlis perpisahan tamat tempoh berposting Setiausaha Kedua

Body

Pada 29 Disember 2022, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Dili telahpun mengadakan acara majlis perpisahan tamat tempoh berposting bagi Awang Mohd. Wafi bin Haji Nairul Anawar, Setiausaha Kedua yang telah berkhidmat di Kedutaan Besar selama 3 tahun lebih bermula pada 29 September 2019 hingga 30 Disember 2022. Majlis disertai dengan penyampaian token cenderamata kenang-kenangan sepanjang bertugas di Timor Leste yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste.

 

 

Pada 28 Disember 2022, Majlis perpisahan tamat tempoh berposting bagi Awang Mohd. Wafi bin Haji Nairul Anawar, Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar NBD di Dili juga diraikkan bersama Diplomat-Diplomat Kedutaan Besar Negara-Negara ASEAN yang berada di Timor Leste.



Date

2022-12-28T16:00:00Z
Attachments
Created at 31/12/2022 13:37 by Muhammad Wafi bin Zaini
Last modified at 31/12/2022 13:37 by Muhammad Wafi bin Zaini