Pada 20 Oktober 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste telahpun membuat perjumpaan bersama Puan Paula Lopes da Cruz, Penolong Perwakilan Food and Agriculture Organization (FAO) of the United Nation di Timor Leste. Perjumpaan tersebut turut disertai oleh Puan Joy Galvez, Ketua Project Kordinasi FAO (kiri hujung) dan Pegawai-Pegawai di Pejabat Kedutaan Besar NBD di Dili.