Pada 9 Ogos 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste telahpun menerima jemputan kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Xiao Jaingou, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Timor Leste. Kunjungan hormat diadakan bertempat di Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Pantai Kelapa, Kampong Alor.