Pada 4 April 2024, Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dr. Kim Kao Hourn telah membuat perjumpaan bersama Ketua-Ketua Perwakilan negara ASEAN yang berada di Dili, Timor Leste (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines dan Thailand). Perjumpaan tersebut diadakan di Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Dili.