Pejabat Kedutaan Besar telahpun membuat lawatan ke gudang kopi Cooperative Café Timor NCBA di Bidau Lecidere pada 27 Julai 2022 atas jemputan Awang Bency Issac, Penasihat Agroprocessing Cooperative Café Timor NCBA (empat dari kiri). Rombongan Pejabat Kedutaan Besar NBD diketuai oleh Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste beserta Pegawai-Pegawai di Kedutaan Besar berkenaan. Cooperative Café Timor NCBA ialah salah satu Koperasi pertanian yang terbesar di Timor-Leste yang menghasilkan biji kopi gred tertinggi di dunia, rempah ratus, tepung-tepung kassava untuk pengekportan keluar negara.