Pada 5 Februari 2024, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste telahpun menghoskan jamuan meraikan ketibaan Tuan Yang Terutama Atipat Rojanapaibulya, Duta Besar Thailand yang baru dan Madam Lalana, Isteri Duta Besar Thailand bersama-sama dengan Duta-Duta Besar Negara ASEAN yang berada di Dili, Timor Leste.