Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Berlepas dan Ketibaan TYT Presiden Timor Leste ke NBD

Body


Pada 5 November 2023, Tuan Yang Terutama Dr. Jose Ramos Horta, Presiden Timor Leste bertolak dari Bandar Dili menuju ke Negara Brunei Darussalam bagi Lawatan Negara pada 6-7 November 2023. 


Tuan Yang Terutama Dr. Jose Ramos Horta berlepas menaiki pesawat Royal Bhutan Airlines dari Bandar Dili menuju Singapura untuk transit sebelum meneruskan penerbangan ke Negara Brunei Darussalam.


Tuan Yang Terutama Dr. Jose Ramos Horta telahpun tiba pada 5 November 2023 sebelah malam di Bandar Seri Begawan.


Sejurus ketibaan Tuan Yang Terutama Dr. Jose Ramos Horta dialu-alukan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Darussalam selaku Menteri Pengiring.​

Date

2023-11-04T16:00:00Z
Attachments
Created at 30/11/2023 14:04 by mdwafi.zaini
Last modified at 30/11/2023 14:04 by mdwafi.zaini