Pada 23 Oktober 2023, Seameo Voctech Brunei Darussalam telah mengadakan 34th Seameo Voctech Governing Board Meeting dianjurkan bersama INDMO selama 3 hari mulai 23-25 Oktober 2023 di Dili Timor Leste. Acara dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Francisco Kalbuadi Lay, Vice Prime Minister Coordinating Minister for Economic Affairs and Minister for Tourism and Environment. Rombongan Seameo Voctech diketuai oleh Awang Alias bin Haji Abu Bakar, Pengarah Seameo Voctech Brunei Darussalam dan mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli, Pengarah Pendidikan Teknik/Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam. Hadir pada acara pembukaan Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste dan Duta-Duta Besar / Kuasausaha Sementara yang berada di Timor Leste.
Pada 24 Oktober 2023, Rombongan Seameo Voctech Brunei Darussalam dan disertai oleh Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste membuat kunjungan hormat kepada Presiden Dr. Jose Ramos Horta.