
Pada 5 Disember 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste telahpun hadir bagi menandatangani ucapan takziah berikutan dengan meninggalnya Tuan Yang Terutama Jiang Zemin, Mantan Presiden Republik Rakyat China di Pejabat Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Dili.