Pada 3 Disember 2022, Kedutaan Besar Thailand di Dili telahpun mengadakan Majlis Resepsi bagi meraikan Hari Kebangsaan Thailand dan Hubungan Diplomatik Kerajaan Thailand dan Timor Leste yang ke 20 tahun. Hadir bagi majlis tersebut, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste dan Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di Timor Leste.