
Pada 17 November 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste telahpun membuat perjumpaan bersama Ketua Ketua Perwakilan ASEAN di Timor Leste. Antara yang hadir Tuan Yang Terutama Ekapol Poolpipat, Duta Besar Thailand; Tuan Yang Terutama Okto Manik, Duta Besar Indonesia dan Puan Nadia Azura Mohd Nudri, Kuasausaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia.