Pada 8 Ogos 2024, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Dili telahpun turut serta bagi meraikkan the 57th Anniversary of the Founding of ASEAN yang dikelola oleh Kedutaan-Kedutaan Besar Negara-Negara ASEAN yang berada di Dili (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand) bersama co-host Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor Leste. Hadir pada majlis tersebut Presiden Dr. Jose Ramos Horta sebagai Guest of Honour, Presiden Parlimen Maria Fernanda Lay, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmao, Menteri-Menteri Kabinet, Pegawai Kanan Kerajaan, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Agensi Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa dan Sektor-sektor swasta dan berkepentingan.