14 Julai 2022, Pejabat Konsulat Agong Negara Brunei Darussalam di Jeddah telah mengadakan Sembahyang Fardhu Maghrib dan solat hajat berjemaah yang diteruskan dengan membaca surah Yassin serta doa kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.