Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

28 July 2022

PENYERAHAN PINGAT INDAH KERJA BAIK (P.I.K.B.) SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TAHUN 2021


28 Julai 2022, Pejabat Konsulat Agong Negara Brunei Darussalam di Jeddah telah mengadakan majlis penyerahan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) kepada Haji Abu Hanafi bin Kasmat, Setiausaha Ketiga di pejabat Konsulat ini, sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-75 tahun bagi tahun 2021.

Majlis juga diteruskan dengan Majlis Perpisahan untuk salah seorang kakitangan pejabat Konsulat yang menamatkan perkhidmatan.