Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

01 November 2019

PERTANDINGAN GENDANG MELAYU SARAWAK 2019

1hb hingga 2hb November 2019

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam telah menghantar peserta wakil untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu Kumpulan Mukun Selendang Sutera Brunei Darussalam, Mukim Seria yang diketuai oleh Awang Morni bin Amat selaku Timbalan Pengerusi. Rombongan tersebut juga turut disertai oleh dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Momin dan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Osman bersama isteri masing-masing. Kumpulan Mukun Selendang Sutera Brunei Darussalam telah berjaya memperolehi Naib Johan di dalam pertandingan tersebut di atas.

Bersempena dengan kehadiran rombongan kumpulan mukun tersebut di Kuching, Sarawak, rombongan tersebut telah diraikan oleh Pejabat Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Kuching, Sarawak dengan jamuan makan malam di Kediaman Rasmi Konsul Agung pada 3hb November 2019 yang juga turut dihadiri oleh Tuan Abdul Mutalib bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak.

gendang01.png

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Gendang Melayu Sarawak 2019


gendang02.png

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Abdul Mutalib bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak


gendang03.png

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada Yang Mulia Pengiran Hjh Krtini binti Pengiran Hj Tahir, Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kuching, Sarawak