Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN, DOA KESYUKURAN DAN MENGIBAR BENDERA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-39, TAHUN 2023

Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar ehsan: Mohamad Hilman Husain, Md Ariffin bin Matusin

​​​

LONDON, UNITED KINGDOM, Rabu, 22 Februari 2023 – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-39 tahun, Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom telah mengadakan Majlis membaca Surah Yaasin, Doa Kesyukuran dan mengibar bendera yang diadakan di Surau Brunei Hall, Norfolk Square London.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Isyak berjemaah, solat sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Haji Muhammad Fahmi bin Haji Abas, Pegawai Ugama Unit Penuntut-penuntut.




Majlis seterusnya diteruskan di ruang legar Brunei Hall yang mana dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai dan diikuti dengan ucapan daripada Presiden Brunei Hall Student's Committee, Awangku Muhammad Asyraff Haziq Iman bin Pengiran Asmali. Bacaan ikrar dikepalai oleh Awang Mohammad Aiman Haziq bin Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry dan seterusnya persembahan lagu patriotik daripada semua yang hadir menyanyikan beramai-ramai lagu Brunei Bumi Bertuah.





Bagi mengakhiri majlis berkenaan, sesi memotong kek Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, sesi bergambar ramai dan peraduan Kuiz Hari Kebangsaan melalui Kahoot secara online telah diadakan bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-penuntut, Agensi Pelaburan Brunei Cawangan London, Kensington Palace Garden beserta keluarga dan penuntut-penuntut yang berada di London.​