Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Taklimat oleh HSBC mengenai pemulihan Ekonomi Post-COVID-19 di United Kingdom

LONDON, UNITED KINGDOM, Khamis,  3 November 2020 - Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Asia House telah mempengerusikan taklimat yang disampaikan oleh HSBC secara virtual mengenai pandangan mereka terhadap pemulihan ekonomi post-COVID-19 di UK. Taklimat itu telah dihadiri oleh wakil jawatankuasa ASEAN London, Asia House dan HSBC. Turut hadir ialah Sherard Cowper-Coles, Group Head of Public Affairs, HSBC.  Semasa taklimat tersebut, Liz Martis, Senior UK Economist HSBC juga telah mengongsikan analisis yang lebih mendalam mengenai tren bagi membentuk ekonomi UK ditengah-tengah cabaran COVID-19 dan keputusan Brexit yang tidak menentu.

Sila klik sini untuk galeri.