Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74 TAHUN

LONDON, UNITED KINGDOM, Selasa, 14 Julai 2020 - Majlis Doa Kesyukuran sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74 telah diadakan di Surau Brunei Hall, Norfolk Square, London pada 14 Julai yang lalu.

Hadir ke majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya sembahyang Sunat Hajat berjemaah serta doa kesyukuran yang dibacakan oleh Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut, Yang Mulia Awang Haji Muhammad Fahmi bin Haji Abas.

Majlis juga dihadiri seramai 60 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei, Kensington Palace Garden dan penuntut-penuntut dari persekitaran London.